Apakah Kematian Raja Abdullah Pertanda Sambut Kehadiran Imam Mahdi?


Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir zaman ini ialah perkembangan yang terjadi di Tanah Hijaz (Saudi Arabia). Kerana antara tanda-tanda dekatnya akan kemunculan Imam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;

عن رسول الله (ص):

(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )

مئتان وخمسون علامة: 122

Akan diperintah tanah Hijaz (Saudi) oleh seorang lelaki bernama hewan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh saudaranya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! – diulanginya 3 kali – Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).

Kita ketahui  bahwa Raja Abdullah  adalah raja yang menggantikan Fahd, makna nama Fahd adalah nama seekor hewan yaitu harimau kumbang. http://babynamesworld.parentsconnect.com/meaning_of_Fahad.html

Raja Abdullah hari ini telah wafat , dan Raja Salman bin Abdul Azis sebagai penggantinya

Saudi Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.

Keputusan melantik pengganti Abdullah dari  anggota keluarga yang paling tua yaitu   Salman bin Abdul Aziz al-Saud  tidaklah mengejutkan.

Salman yang 12 tahun lebih muda dari Raja Abdullah, sebelumnya memegang kuasa sebagai gubernur Riyadh sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun 2012 yamg lalu . Semasa menjadi gubernur beliau telah menjadikan Riyadh (Najd) ibukota Saudi itu dari sebuah kota  biasa menjadi  kota metropolis seperti Dallas, lengkap dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi didunia, Kingdom Tower yang dimiliki oleh Pangeran al-Waleed bin Talal.

Sepeninggal Salman kelak, Yang tinggal hanyalah dua orang saja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, sudah berumur tua juga ,  yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz, ; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman. Tetapi keputusan Saudi saat ini menentukan Muqrin sebagai wakil putera mahkola paska Raja Salman.

Negara Saudi ini  terkenal dengan “Piagam Abdul Aziz” yang tertulis, “selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah kepada cucu-cucu saya”, bahaya perselisihan akan bakal terjadi tentang siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya anak anak Abdul Azis sudah meninggal dunia. Karena kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telah lanjut usianya.

Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan untuk  mengambil alih tahta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut haknya.

Pastinya AS dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris tahta negara tersebut sepihak  dengannya. AS sudah pasti tidak ingin  kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan negara Israel dan pendudukannya  atas Baitulmaqdis.

 Penguasaan  atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan AS dan Israel  atas dunia keseluruhannya.

Menurut nubuwah, justru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan “2 Tanah Suci” (Mekkah dan Madinah) dari penguasaan AS dan konco konconya.

Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan akhir zaman” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan alami banyak perselisihan setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentara dari Sham akan dikirim menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan dibunuh; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah kerugian . Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensholatkan  beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;

“Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”, (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kita..?”,(Rasulullah diam dan kembali berdoa) : “Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami”, mereka berkata : “Ya Rasulullah, juga Najd kami..??”, beliau SAW kemudian menjawab : “Dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah!, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk setan!” (Sahih Al Bukhari)

DVD MURATTAL
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 komentar:

  1. Kutipan hadits yang dinukil di artikel muslimina, tidak diketemukan di satu pun kitab-kitab hadits, tapi dari bukunya orang syi'ah :
    عن رسول الله (ص):

    (يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان ، إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد ، وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئاً ، يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه ، أعادها ثلاثاً ؛ بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة )

    مئتان وخمسون علامة: 122
    perhatikan baris terakhirnya, Mi'atani wa khamsun alamah (hal. 122), lengkapnya kitab Mi'atani wa khamsun hatta zhuhurul imam mahdi [250 tanda menjelang munculnya imam Mahdi], tulisan sayyid Muhammad Ali ath-Thabathaba'i, seorang tokoh Syi'ah kelahiran karbala

    ReplyDelete